Pelakon terkenal Hollywood, Anne Hathaway menunjukkan reaksi toleransi dan hormat apabila menerima hadiah Al-Quran daripada seorang peminat baru-baru ini.
Hadiah tersebut diberi kepada Hathaway semasa menghadiri tayangan perdana filem terbaru beliau, The Devil Wears Prada 2 di London, United Kingdom.
Ini susulan pelakon Interstellar itu menyebut kalimah Insya Allah apabila ditanya tentang soal kesihatan oleh majalah People.
“Kita perlu lebih serius dalam menjaga kesihatan. Selain itu, semuanya masih sama, bukan?” katanya seperti dilaporkan The Independent.
“Saya hanya berharap dapat terus hidup dan menikmati kehidupan. Saya mahu memiliki kehidupan yang panjang dan sihat. Insya-Allah, saya berharap begitu.”
Susulan itu, ungkapan berkenaan menjadi bualan ramai warga maya di seluruh dunia termasuk umat Islam. Ini kerana kalimah Insya Allah yang bermaksud dengan izin Allah kerap digunakan oleh umat Islam dalam kehidupan seharian.
Semasa beramah mesra dengan peminat, Hathaway menerima hadiah Al-Quran daripada seorang peminat tidak lama selepas video temu bual itu disiarkan.
Meskipun pengawal peribadi beliau pada awalnya cuba mengambil, pelakon berusia 43 tahun itu bukan saja menerima hadiah kitab suci itu dengan sopan dan gembira. Malah, Hathaway turut meluangkan masa berbual dengan peminat berkenaan.
“Ini Al-Quran untuk awak kerana saya melihat video awak menyebut insya-Allah. Terima kasih kerana mengucapkan kalimah itu,” kata peminat berkenaan.
“Terima kasih, awak sangat baik,” balasnya sambil tersenyum menerusi video yang dikongsikan Muslim Girl,
Sebaik video itu dikongsikan, ramai peminat memberi reaksi positif kepada tindakan Hathaway. Seorang warga maya bernama Farida DesPlaines menggelar beliau seorang figura yang cantik dan memiliki rasa hormat yang baik.
“Seorang figura yang menawan dan sangat menghormati orang lain,” katanya. Seorang lagi peminat bernama Kertas Kosong turut sependapat dengannya.
Sikap Hathaway yang menghormati orang lain membuatkan ramai peminat seperti dia sentiasa menyokong kerjayanya. “Sangat menghormati orang lain. Itu sebab saya sukakan dia,” ujarnya.
Lesley McKenzie turut sependapat dengan mereka dan menganggap Hathaway seorang wanita yang ada kelas dan keperibadian yang molek. “Seorang wanita (hebat) sebenar, ada kelas, peramah dan elegan,” tambahnya.
Ada juga peminat yang mendoakan agar pelakon The Dark Knight Rises itu menerima hidayah Allah kerana menerima hadiah Al-Quran itu,