Dunia

Polis Indonesia Sahkan Negara Lain Punca Masalah Jerebu

Reuters

Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan penglibatan negara lain dalam kes korporat berkaitan kebakaran hutan dan tanah di negara itu.

Sinar Harian melaporkan 98 kes kini dalam siasatan dengan sesetengah daripadanya berasal dari negara jiran.

Ketua Polis Negara, Jeneral Suyudi Ario Seto memaklumkan pihak berkuasa Indonesia kini berusaha mengenal pasti bentuk penglibatan itu serta pihak yang bertanggungjawab.

“Daripada 98 kes korporat yang sedang kita siasat, terdapat penglibatan pihak asing, namun memandangkan siasatan masih dijalankan, kita masih menentukan kes yang melibatkan pelaburan asing atau pihak asing dan yang tidak,” katanya pada 20 Oktober lalu.

Suyudi ditemui media selepas selesai menghadiri Mesyuarat Kabinet Terhad bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Jakarta.

Suyudi turut menambah penyiasat sedang mengumpul bukti dan dijangka menamakan suspek tidak lama lagi. Ini termasuk pemilik syarikat dan pemegang saham yang boleh dipertanggungjawabkan atas kebakaran itu.

Kebakaran hutan di Indonesia terutama di Sumatera, Kalimantan dan Papua telah mengakibatkan jerebu yang menjejaskan kegiatan ekonomi dan kesihatan warganya.

Ini turut mencetuskan jerebu di negara-negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura.