Sebuah portal mendedahkan Indonesia menjadi pembekal terbesar minyak sawit kepada Israel meskipun tidak memiliki sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram itu.
Portal Malang Inspirasi melaporkan menerusi data World Integrated Trade Solution (WITS) and International Trade Centre, eksport minyak sawit Indonesia ke Tel Aviv pada 2024 mencecah AS$21.63 juta (RM88.4 juta).
Eksport minyak sawit negara itu ke Israel pada tahun 2025 pula mencecah AS$21.6 (RM88.2 juta).
Tahun 2020 hingga 2025 menyaksikan Indonesia secara purata membekalkan 71% import minyak sawit kepada Israel. Angka itu boleh mencecah sehingga 88% mengikut sesetengah tahun.
Pemain industri perladangan utama Indonesia seperti Wilmar, Sinar Mas (SMART/Golden Agri-Resources), Musim Mas dan Royal Golden Eagle mendominasi eksport minyak sawit Indonesia secara keseluruhan.
Meskipun kedua-dua negara tidak memiliki sebarang hubungan diplomatik, minyak sawit Indonesia dieksport menggunakan hab negara ketiga seperti Singapura.
Pendedahan ini dilihat bertentangan dengan pendirian Indonesia berhubung isu Palestin. Bukan sekali Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.
Justeru, pendirian ini dilihat bertentangan realiti perniagaan membabitkan syarikat-syarikat konglomerat Indonesia dalam pasaran global.


