Trending

Wanita Indonesia ‘RM20’ Mengaku Bersalah Lacurkan Diri Di Malaysia

Malaysia Gazette

Seorang wanita berstatus warga Indonesia dikenakan hukuman denda sebanyak RM5,000 atas kesalahan melacur di Melaka.

Malaysia Gazette melaporkan Ika Sitepu, 38, dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada 12 Oktober lalu.

Ika mengaku bersalah atas kesalahan melacurkan diri dengan upah RM20 dan berkhalwat di sebuah rumah tumpangan di Bukit Cina, Melaka pada 11 Oktober lalu.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Abu Bakar Mohd Daud menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan salah tertuduh di bawah Seksyen 75 dan Seksyen 53(2) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara selama enam bulan bagi setiap kesalahan jika Ika gagal melunaskan denda untuk kesalahan tersebut.

Wanita itu kemudiannya membayar denda yang dinyatakan. Pendakwaan kes dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Melaka, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.