“5 Tahun Dipanggil Babi Setiap Hari” – Luahan Suami Ini Tular, Netizen Berang


Bukan senang seorang lelaki nak cerita hal rumahtangga di depan umum. Tapi bila dah tak tertahan, apa lagi yang boleh dibuat?

Itulah yang berlaku apabila seorang pengguna Threads dengan tanda nama nasibbadan5 memilih untuk buka kisah perit yang ditanggungnya sebagai suami untuk 5 tahun pertama perkahwinan.

Thread yang bertajuk “Husband to future husband, Carilah Wanita Yang Boleh Taat Dan Tak Baran” itu ringkas je bunyinya. Tapi isi kandungannya? Berat.

Penulis yang dipercayai bernama Fahmi mendakwa selama 5 tahun berkahwin, beliau hidup dalam tekanan harian. Isteri kerap memanggilnya dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan “babi” hampir setiap hari.

Tangkapan skrin perbualan WhatsApp yang didedahkan menunjukkan bahasa yang digunakan oleh isteri amat kasar dan memalukan. Bukan setakat dikeji. Penulis juga mendakwa beliaulah yang menguruskan hampir semua kerja rumah, jaga anak, buang sampah, kemas rumah. Pergerakannya pula dikawal, tidak bebas untuk berpindah atau keluar sesuka hati, dengan alasan tiada siapa yang mahu jaga mertua.

Yang lebih menyedihkan, penulis mendakwa beliau sudah lama ingin bercerai tapi sijil perkahwinan disimpan oleh pihak mertua, menyukarkan langkah seterusnya.

Nasib baik ada netizen yang tampil membantu. Pengguna rina.ramza2nd menjelaskan bahawa sijil perkahwinan sebenarnya tidak wajib ada untuk memfailkan cerai, cukup sekadar kad pengenalan, kerana pejabat agama boleh mengesan rekod sendiri.

Antara yang paling mengejutkan dalam thread ini ialah apabila penulis mendedahkan perbualan WhatsApp antara isterinya dengan arwah mama si isteri sendiri, sehari sebelum ibunya meninggal dunia.

Dalam perbualan tersebut, si isteri masih menggunakan bahasa yang kasar dan tidak berbudi bahasa, bahkan kepada ibunya sendiri yang sedang sakit. Penulis berkongsi tangkapan skrin itu sebagai bukti bahawa sikap kasar itu bukan sekadar terhadap suami, tapi memang sebati dalam dirinya.

Di sebalik semua keperitan itu, ada satu perkara yang buat penulis terus kuat iaitu anak lelakinya. Dalam satu post lanjut yang disertakan bersama video (walaupun gelap), penulis menulis dengan penuh perasaan, “ini anak lelaki saya, yang saya jaga dari kecil sampai sekarang. Tiap kali nak tidur mesti akan cari saya. Sebab ni la saya akan bertahan, si anak tidak mahu tidur dengan si emak.”

Maklum balas orang ramai? Luar biasa. Lebih 1 juta paparan, 13,400 tanda suka, dan 2,300 komen dalam masa dua hari sahaja. Ramai yang menyatakan sokongan padu. Pengguna myramemorylane menulis: “Saya pun bukanlah wife yang paling perfect. Tapi teruknya pompuan ni. Gila ke apa.”

Pengguna lain, noraienjamil, menambah: “Yes bahasa dia nauzubillah. Beza ya bini garang dengan bini tiada adab dan hormat.” Ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi yang hampir serupa, suami-suami lain yang pernah lalui situasi yang sama tapi tak tahu nak cerita kat mana.

Ramai juga menggesa penulis supaya segera memohon hak penjagaan anak sebelum proses perceraian diteruskan, bimbang hak itu terlepas kemudian.

Kepada penulis sendiri, dia menutup salah satu balasan dengan kata-kata yang tenang tapi penuh makna:
“Nak buat macam mana, tersilap langkah. Semoga suami akak dan keluarga akak dilimpahi rahmat Tuhan, rezeki melimpah.” Ujar Fahmi kepada komentar yang berkongsi pengalaman yang hampir serupa dengannya.

Claim Money Packet TnG