Tular Rakaman Melayu Murtad Hina Islam

Satu rakaman tular di media sosial di mana seorang penumpang e-hailing menghina Islam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai polis berhubung video tersebut pada 31 Julai lalu.

Siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai berlaku sekitar Johor Bahru pada 30 Julai lalu.

“Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam), berlaku perbualan antara seorang lelaki dipercayai pemandu e-hailing dengan seorang lelaki disyaki penumpang yang mengeluarkan kenyataan berkaitan al-Quran dan didakwa menghina agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu menunjukkan suara seorang lelaki dipercayai penumpang e-hailing yang didapati mengeluarkan kenyataan menghina al-Quran.

Walau bagaimanapun, pemandu e-hailing itu kemudiannya menegur kenyataan biadab individu berkenaan dan memintanya berhati-hati bila berbicara tentang Islam.

Pemandu sama turut mengingatkan individu sama bahawa Islam tidak boleh dihina. Susulan itu, penumpang tersebut telah memohon maaf dan turun selepas kenderaan itu berhenti di tepi jalan.

Azrul Hisham memaklumkan kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis juga kini mencari pemandu e-hailing berkenaan bagi membantu siasatan kes.

Claim Money Packet TnG