Betapa majmuknya masyarakat di Malaysia ini apabila rakyatnya mampu bergaul dengan sesiapa pun walaupun berlainan kaum dan agama. Inilah pentingnya semangat perpaduan dalam Malaysia!
Satu perkongsian daripada akaun TikTok ooiliangchia, seorang yang berbangsa Cina telah menarik minat ramai netizen apabila beliau berkongsi aktiviti yang sering dilakukan apabila keluar bersama rakan-rakan Melayunya.
AngPau TnG: Siapa Cepat Dia Dapat
Beliau menyatakan bahawa setiap kali keluar dengan kawan Melayunya dan tibanya waktu solat, mereka akan singgah di masjid untuk menunaikan rukun Islam ke-2 itu.
Tatkala menunggu rakan-rakannya selesai dengan urusan ibadat, beliau akan menunggu di dalam kereta.
Apabila diberikan kopiah, ooiliangchia tampak bersahaja melayan karenah rakan-rakannya.
Reaksi netizen seperti tampak terhibur dengan perkongsiannya. Ada yang turut berkongsi situasi yang sama apabila keluar bersama rakan yang berlainan agama.
Apapun, diharap perkongsian begini dapat diperbanyakkan lagi bagi memberi contoh saling menghormati sesama kaum dan agama terus dipupuk sebagai asas perpaduan yang penting bagi kita rakyat Malaysia.