Lelaki Ini Dedah ‘Rahsia’ Kombinasi Sandwich Subway Yang Pasti Sedap

Sebut sahaja tentang Subway, pasti kita dapat membayangkan keenakan menu sandwich yang tersedia.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Syafiq Unil telah membuat beberapa hantaran video perkongsian menu Subway yang patut kita cuba.

Pernahkah anda membuat pesanan sandwich Subway yang penuh dengan keju meleleh? Syafiq kongsikan satu menu istimewa untuk anda cuba yang telah ditonton sebanyak 3.2 juta kali!

@syafiqunil78

Peminat BMT patut try menu ni,BMT kini hadir dengan 3 jenis tau “Bmt Double Cheese, Bmt biasa,Bmt Plus😆Meh cuba yg baru nak try Bmt tu pun korang patut try menu ni konfirm puas hati hehehehe. #fypmalaysia #fypシ #sibudaksubway

♬ original sound – Syafiq Unil – syafiqunil78

Untuk yang pertama kali datang dan ingin mencuba menu sandwich Subway tapi ada rasa segan-segan tu, Syafiq turut berkongsi cara untuk anda membuat pesanan di kaunter. Lepas ni anda bolehlah pesan sandwich Subway ‘like a boss’.

Kalau singgah ke Subway, pernah cuba menu Salad Bowl? Kalau belum, boleh lihat cara Syafiq ‘custom’ menu khas untuk Salad Bowl.

Melihat kepada komen-komen yang muncul di video-video milik Syafiq, ternyata ramai yang tak berani untuk buat pesanan di Subway.

Ada juga komen dari netizen yang minta pihak Subway untuk berikan imbuhan kepada Syafiq yang secara tak langsung telah mempromosikan rangkaian restoran terkenal ini.

Jadi, kepada anda yang nak dapatkan menu-menu ‘rare’ dan sedap di Subway, jangan lupa untuk ikuti TikTok Syafiq Unil.

Claim Money Packet TnG