Malaysia Tolong Padamkan Kebakaran Hutan Di Indonesia

Malaysia dilaporkan membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia yang berlaku pada ketika ini.

Fakta ini dikongsikan seorang pengguna X dari Indonesia, Ken Hans menerusi video mengenai pesawat Bombardier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu.

Pesawat itu mengisi tangki sebanyak 6.137 liter air dalam tempoh 12 saat sebelum membantu memadamkan kebakaran hutan di Sumatera.

Pesawat itu melepaskan 546,000 liter air di kawasan kebakaran seluas 60 batu nautika persegi di Sumatera Selatan, Indonesia dalam tempoh lima hari.

Bombardier CL 415 berupaya melaksanakan antara 15 dan 20 kali pengeboman air sehari dengan menceduk air dari Sungai Lumpur, yang terletak 70 batu ke tenggara Palembang, walaupun dengan jarak penglihatan terhad.

Hal ini mengundang rasa kagum Hans kerana Malaysia mempunyai pesawat khas untuk melakukan pemadaman api. “Malaysia ini (cukup bagus ada pesawat pemadam api),” katanya.

Ini bukan kali pertama Malaysia menghantar aset untuk membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia. Malaysia pernah melakukan perkara sama pada 2015 dengan pesawat milik APMM itu.

Claim Money Packet TnG