Selat Hormuz Kembali Dibuka

Selat Hormuz kembali dibuka kepada trafik semua kapal.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menerusi satu kenyataan ringkas di X.

Iran mengambil keputusan membuka semula selat berkenaan selepas gencatan senjata membabitkan Israel dan Lubnan dicapai baru-baru ini.

“Selaras dengan gencatan senjata di Lubnan, laluan untuk semua kapal komersial berlayar melepasi Selat Hormuz diisytiharkan dibuka sepenuhnya untuk baki tempoh gencatan senjata.

“Kapal-kapal akan berlayar mengikut laluan yang diselaraskan seperti yang diumumkan Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim Republik Islam Iran,” katanya.

Perkara ini turut disahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi satu kenyataan di Truth Social.

Susulan itu, wartawan antarabangsa, Elijah J. Magnier melaporkan Iran bersetuju mengadakan rundingan pusingan kedua dengan AS di Islamabad, Pakistan. Walau bagaimanapun, tarikh rundingan tersebut masih belum didedahkan.

Gencatan senjata di Lubnan merupakan sebahagian daripada syarat rundingan damai yang ditetapkan Iran kepada AS jika ia mahu diteruskan.

Ini membawa kepada gencatan senjata yang dicapai pada 16 April lalu. Ini sekaligus menamatkan serangan Israel ke atas Lubnan sejak Mac lalu.

Claim Money Packet TnG