Perigi Bertukar Minyak, Penduduk Madura Berebut Bawa Balik Ke Rumah

Penduduk di sebuah kampung di Madura, Indonesia terkejut apabila perigi yang digali bukan mengeluarkan air tetapi minyak.

Insiden pelik bin ajaib itu berlaku di Desa Panyaksagan, Kecamatan Klampis, Bangkalan, Madura pada Januari lalu.

Ketua badan pengurusan bencana daerah Bangkalan, Zainul Qomar memaklumkan perigi tersebut milik seorang warga tempatan bernama Auda.

Tatkala mereka mengorek perigi pada kedalaman 105 meter, ia mengeluarkan cecair menyerupai minyak mentah. Ini terbukti apabila mereka menguji cecair tersebut dengan api.

Sebaik mengetahui itu merupakan minyak mentah, penduduk kampung mengambil minyak untuk dibawa pulang ke rumah.

Selepas insiden itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, kawasan perigi itu telah ditutup kepada orang awam. Pihak berkuasa turut memasang garisan polis bagi menghalang orang awam daripada mengakses perigi berkenaan.

Ini bukan kali pertama insiden perigi mengeluarkan minyak berlaku di Bangkalan. Perkara sama turut berlaku pada September 2025 di Dusun Lonbilleh, Desa Tramok, Kecamatan Kokop.

Pihak berkuasa kini menunggu sampel kedua-dua perigi diuji di makmal sebelum menentukan tindakan seterusnya.

Claim Money Packet TnG