Ekonomi

“Jangan Datang Merayu!” Indonesia Ugut Negara Serantau

Tribunbali

Indonesia memberi amaran akan menilai semula kontrak eksport gas dengan negara lain jika mereka terus gagal menghormati negara itu.

Kenyataan tegas itu dibuat Menteri Koordinator Bidang Hiliran dan Peralihan Tenaga, Bahlil Lahadalia. Meskipun begitu, Bahlil tidak menyatakan negara mana yang dilihat tidak menghormati Indonesia.

“Saya akan melakukan penilaian semula. Saya tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkan penghentian eksport ke negara yang tidak menghargai Indonesia,” katanya seperti dilaporkan The Straits Times.

“Jangan datang merayu jika anda perlukan sesuatu tetapi bila ada isu lain yang boleh dibincangkan, berkelakuan seperti saudara yang tiada adab. Ini bukan yang kami mahukan.”

Bahlil ditemui media selepas Majlis Perasmian Penerimaan Gas JNE#6 dan Kemudahan Pengeluaran Lapangan Maha – South Hub di Jakarta.

Beliau turut memaklumkan Indonesia sedia bekerjasama dalam aspek eksport tenaga selagi mana negara-negara memilih mengadakan hubungan yang bersifat saling menghormati dan menghargai negara itu.

Antara negara yang menjadi destinasi eksport gas asli Indonesia pada tahun lalu ialah China, Singapura dan Korea Selatan.