Selepas masalah jerebu, Indonesia kini berdepan krisis ekonomi terburuk susulan pengumuman MSCI baru-baru ini.
Secara ringkas, MSCI ialah penyedia indeks pelaburan saham antarabangsa yang menjadi rujukan para pelabur dari seluruh dunia.
Berita Harian melaporkan MSCI memberi amaran bahawa Indonesia berisiko disingkirkan daripada indeks globalnya tahun depan. Mengikut pengumuman ini, Indonesia berisiko disingkirkan dari Emerging Market kepada Standalone Market.
Pengumuman ini dipandang serius kerajaan Indonesia. Ini kerana jika itu menjadi kenyataan, taraf bursa saham negara itu akan jadi lebih rendah daripada negara-negara yang berada di Frontier Market seperti Bangladesh.
Antara sebab perkara itu berlaku ialah struktur pegangan saham yang tidak telus, pegangan saham tertumpu kepada kelompok tertentu dan perdagangan saham yang disyaki dibuat secara tidak terancang.
Sepanjang 2026, saham Indonesia saja sudah kehilangan nilai sebanyak 46%. Pengumuman MSCI pada 16 Oktober lalu pula menyaksikan pasaran saham Indonesia menjunam sebanyak 11.6%.
Pengumuman MSCI turut memberi kesan buruk kepada nilai rupiah. Nilai tukaran terkini rupiah dengan dolar Amerika ialah Rp18,040.
Situasi ini dijangka mempengaruhi keputusan dasar Bank Indonesia berhubung dasar kadar faedah semasa. Bank Indonesia dijangka menaikkan kadar faedah untuk mengelak penjualan besar-besaran dalam pasaran bon.


