Rupiah Capai Tahap Kritikal

Mata wang rupiah Indonesia kini telah mencapai tahap kritikal.

Astro Awani melaporkan isu ini memaksa Bank Indonesia (BI) campur tangan dalam pasaran bagi membantu rupiah yang semakin melemah.

Tekanan global yang berterusan mengakibatkan satu dolar Amerika Syarikat kini bersamaan dengan 17,400 rupiah.

Justeru, BI mengoptimumkan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing melalui transaksiĀ hadapan tanpa serahan (NDF) di pasaran luar pesisir, transaksi rani (spot) dan NDF domestik di pasaran tempatan.

BI turut membeli sekuriti kerajaan di pasaran sekunder bagi membantu usaha Jakarta menstabilkan mata wang berkenaan.

Ketua Jabatan Pengurusan Monetari dan Aset BI, Erwin Gunawan Hutapea memaklumkan kemerosotan nilai rupiah sejajar dengan kebanyakan mata wang pasaran pesat membangun yang terkesan akibat ketegangan global.

Lonjakan harga minyak akibat ketegangan global mendorong pelabur mengurangkan pegangan mata wang yang terdedah kepada tekanan kos tenaga. Antaranya mata wang peso Filipina dan rupee India.

Meskipun begitu, Erwin memaklumkan BI akan terus menyokong pasaran Indonesia. Ini ditambah dengan negara itu masih memiliki rizab asing yang kukuh berjumlah AS$148.2 bilion (RM587.2 bilion).

Claim Money Packet TnG